PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PCR | INSTITUTE OF BIOSCIENCE
» NEWS » PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PCR

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PCR

By Norfarrah Mohamed Alipiah, Zufliha Zakaria

SERDANG, Jan 14 – Seminar Evolvement of PCR Technology: End Point PCR, real-time PCr and digital PCR telah diadakan di Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia. Dianjurkan oleh Laboratori Bioteknologi Marin, IBS dengan kerjasama QIAGEN Biotechnology Malaysia Sdn. Bhd., seminar ini telah dipengerusikan oleh Puan Norfarrah Mohamed Alipiah dan seminar telah dibentangkan oleh Dr. Khor Yee Min, Application Specialist dari QIAGEN.

Seminar ini direkabentuk untuk memberi pendedahan kepada teori dan faktor kritikal berkaitan PCR, real-time PCR dan digital PCR dan telah dimanfaatkan oleh 67 orang peserta yang menghadiri seminar ini. Antara topik utama adalah berkaitan penciptaan teknik PCR oleh Kary Mullis pada tahun 1985 dan bagaimana teknik ini membantu saintis dalam bidang biologi molekul untuk menggandakan salinan bahan biologi secara eksponen, dan bagaimana PCR digunakan dalam analisis mutasi DNA manusia, polymorphism, ekspresi gen, pengesanan patogen dan banyak lagi. Sebagai tambahan kepada program utama, satu sesi latihan dalaman berkaitan PCR telah dijalankan di Laboratori Bioteknologi Marin, IBS. - UPM

 

Date of Input: 16/02/2020 | Updated: 12/03/2020 | azah

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF BIOSCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETQAV~