SOALAN LAZIM | INSTITUT BIOSAINS
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Apa yang anda patut tahu tentang Institut Biosains
1
Apakah yang Institut Biosains tawarkan kepada sektor swasta dan industri?

Selain daripada menyediakan kemudahan penyelidikan, IBS juga menawarkan perkhidmatan dan kemudahan kepada sektor swasta dan industri yang dikoordinasikan dibawah laboratori seperti Unit Miskroskopi, Unit Biodiversiti, Unit Komparatif Perubatan dan Teknologi dan Unit Kultur Mikrob. Unit-unit ini juga menyediakan perkhidmatan perundingan professional.

2
Adakah IBS ada menganjurkan sebarang bengkel/ latihan/ konferen/ symposium dalam bidang tertentu?

Pihak kami aktif menganjurkan atau turut sama menganjurkan bengkel/ latihan/ konferen/ simposium dalam pelbagai bidang berkaitan dengan sains biologikal pada peringkat universiti, kebangsaan atau antarabangsa. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini pada muka utama  laman web kami, www.ibs.upm.edu.my (slider)


Perkhidmatan dan Kemudahan
3
Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Institut Biosains?

Institut Biosains (IBS) menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dalam pelbagai bidang untuk pelbagai jenis aplikasi, misalnya kimia analitikal, kimia fizikal, biokimia, biologi molekul, dll. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di bawah menu “Unit & Perkhidmatan”.

4
Adakah perkhimatan yang ditawarkan dibuka kepada semua?

Ya, semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh IBS dibuka kepada para pelajar dan penyelidik serta individu atau pihak yang berminat dari semua institusi kerajaan dan swasta.

5
Berapa lamakah saya perlu tunggu untuk mendapatkan keputusan analisa?

Masa yang perlu diambil untuk setiap jenis analisa adalah berbeza bergantung kepada jenis perkhidmatan yang diminta dan ujian atau analisa itu sendiri. Untuk maklumat lanjut berkaitan ujian yang diminta, sila berhubung dengan pejabat Laboratori atau Pegawai yang Bertanggungjawab bagi ujian atau analisa tersebut.


Bakal Pelajar
6
Siapa yang boleh memohon?

Semua penyelidik yang diiktiraf, ahli akademik dalam bidang biologikal, perubatan dan bioteknologi yang menerima geran penyelidikan dari pihak yang diperakui, agensi swasta atau organisasi antarabangsa.

7
Apakah program yang ditawarkan?

Institut Biosains menawarkan program Master Sains (MSc) dan Doktor Falsafah (PhD) dengan tesis.

8
Apakah bidang pengajian yang ditawarkan?

Pada masa ini, IBS menawarkan sebelas (11) bidang pengajian, iaitu:

  • Biologi Kanser dan Onkologi
  • Bioteknologi Akuatik
  • Bioteknologi Molekul
  • Bioteknologi Perubatan
  • Bioterapeutik
  • Ekologi dan Biodiversiti Marin
  • Fitokimia
  • Kimia Ubatan
  • Metabolomik
  • Nanoperubatan
  • Vaksin & Terapeutik
  • 9
    Berapa lamakah tempoh masa untuk pengajian Master dan PhD?

    (i)  Doktor Falsafah Tempoh minima dan maksima pengajian adalah 2 tahun dan 5 tahun. (ii) Program Master Sains Tempoh minima dan maksima pengajian adalah 1 tahun dan 3 tahun.


    Penyelidik
    10
    Apakah yang Institut Biosains tawarkan kepada Penyelidik?

    Institut Biosains menawarkan kemudahan peralatan penyelidikan yang terkini dan dibantu oleh kakitangan yang profesional yang memberikan perkhidmatan yang terbaik.

    Kemaskini:: 06/06/2017 [azah]

    INSTITUT BIOSAINS
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03 - 9769 3045/ 2109
    03 - 8947 2101
    B1566495762