Institut Biosains Anjur Program Pengukuhan Kerja Berpasukan | INSTITUTE OF BIOSCIENCE
» NEWS » Institut Biosains anjur Program Pengukuhan Kerja Berpasukan

Institut Biosains anjur Program Pengukuhan Kerja Berpasukan

NILAI, 18 Oktober 2025 – Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Pengukuhan Kerja Berpasukan pada 17 dan 18 Oktober 2025 bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Nilai, Negeri Sembilan. Program ini disertai oleh seluruh warga kerja Institut Biosains sebagai usaha memperkukuh semangat kolaborasi, kepimpinan dan profesionalisme dalam kalangan kakitangan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan pegawai yang berwibawa, unggul serta berkeupayaan menghadapi pelbagai cabaran organisasi semasa. Di samping itu, program ini turut memberi penekanan kepada aspek kemahiran berorganisasi, pengurusan kendiri dan komunikasi berkesan dalam konteks kerja berpasukan. 

Program bermula dengan slot Sesi Bersama Rakan Strategik Industri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bio-Angle Vacs Sdn. Bhd., Puan Noor Shazreena Ishak dengan tajuk perkongsian “Kolaborasi Pintar: Menyemai Sinergi Bersama Industri”.  Melalui sesi ini peserta dapat mengukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama dengan rakan strategik IBS, sekali gus membuka ruang kepada peningkatan integrasi ilmu, penyelidikan dan inovasi ke peringkat global.  Sebagai santapan rohani, IBS juga menjemput Pengarah WAZAN UPM, Tuan Hj Haris Dahlan menyampaikan tazkirah mengenai kepentingan bersatu dan memelihara silaturahim walau berbeza daripada pelbagai sudut. 

Sepanjang dua hari pelaksanaan program, para peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti latihan berpasukan, simulasi kepimpinan dan sesi perkongsian pengalaman yang menekankan semangat kerja berpasukan, nilai kepercayaan serta kesepaduan organisasi dengan pendekatan latihan 7K iaitu Kompas, Kejelikatan, Kerjasama, Komitmen, Kepimpinan, Komunikasi dan Kreatif.  Aktiviti yang dijalankan adalah bagi menggalakkan peserta mengenal potensi diri, memupuk nilai tanggungjawab serta meningkatkan keupayaan bekerjasama dalam mencapai matlamat bersama.

Pengarah Institut Biosains, Profesor Dr Zunita Zakaria berkata, program seumpama ini amat penting bagi memastikan setiap warga IBS sentiasa kompeten, berdaya tahan dan berpandangan strategik.  Menurut beliau lagi “semangat kerja berpasukan yang mantap bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi juga menyemai budaya saling menghormati dalam melaksanakan tanggungjawab.  Diharapkan semangat dan nilai-nilai positif yang dipupuk sepanjang program ini akan terus menjadi budaya kerja warga IBS dalam mencapai kecemerlangan bersama.” 

Program diakhiri dengan majlis penutupan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan keakraban, disertai dengan harapan agar nilai kerja berpasukan dan kolaborasi yang diterapkan sepanjang program ini akan terus diamalkan dalam setiap aspek pengurusan dan pelaksanaan

 

   
       
   

Date of Input: 29/10/2025 | Updated: 29/10/2025 | azah

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF BIOSCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
Z, (04:18:28pm-04:23:28pm, 27 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]