Herbal Series Introduction Course 1/2017 | INSTITUTE OF BIOSCIENCE
» NEWS » Herbal Series Introduction Course 1/2017

Herbal Series Introduction Course 1/2017

31 Julai 2017 (Isnin) – Unit Biodiversiti, Institut Biosains (IBS) dan Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berkerjasama dalam menganjurkan Kursus Pengenalan Herba Siri 1 pada 25 dan 26 Julai 2017 lalu.

Kursus yang dilaksanakan selama 2 hari ini telah dihadiri oleh 32 orang peserta yang terdiri daripada staf Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL syarikat swasta, dan juga orang persendirian.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan spesies tumbuhan herba yang terdapat di Malaysia dan kegunaannya dalam memberi maanfaat dalam perubatan tradisonal dan moden. Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan kepada staf DBKL dalam konsep penjagaan tumbuhan herba dari segi Kaedah Penanaman, pembajaan dan Kawalan serangga perosak.

Kursus yang dianjurkan bersama ini melibatkan penyampaian syarahan atau pembentangan oleh Pakar-pakar berkaitan bidang Herba pada hari pertama; diikuti dengan sesi demonstrasi dan amali pada hari kedua; serta lawatan ke lapangan pada hari terakhir.

Antara topik-topik pembentangan yang disampaikan ialah:

  • Pengenalan kepada tumbuhan Herba,Kaedah Penanaman dan Penjagaan oleh En. Rishzuan Talib
  • Identifikasi Tumbuhan herba oleh Dr. Firdaus Ismail
  • Pembuktian Khasiat Herba Melalui Sains oleh Prof. Madya Dr. Latifah Saiful Yazan,
  • Pengetahuan Herba dalam perubatan tradisional oleh En. Tajuddin Abdul Manap

Pada hari kedua kursus, sesi lawatan ke Taman Konservatori UPM dan praktikal berkaitan kaedah Penanaman dan Pembiakan Tumbuhan Herba telah diadakan di Institut Biosains, UPM.

Pada sebelah pagi, Lawatan ke Taman Konservatori UPM merupakan acara wajib dalam memperkenalkan secara lebih dekat tumbuhan herba kepada para peserta. Terdapat juga demonstrasi “Herba Spa” telah diadakan sepanjang lawatan itu berlangsung.

Di sebelah petang pula, sesi latihan praktikal telah diadakan di Nurseri Tumbuhan Herba Institut Biosains, IBS. En. Rishzuan Talib, En. Ahmad Hisham Mohd Sidi dan turut dibantu oleh En. Mohd Hafizi Adzmi Hanafi telah berkongsi teknik dan kaedah berkaitan Penanaman dan Pembiakan Herba. Menariknya, para peserta juga telah diberi peluang membawa balik hasil bahan amali yang telah mereka kerjakan.

Kursus Pengenalan Herba Siri 1 ini telah berakhir dengan jayanya berkat sokongan dan kerjasama yang padu oleh kedua- dua pihak, (UPM dan DBKL). Kursus Siri 2 dan 3 dijangka akan dijalankan pada bulan ogos dan September 2017.

Date of Input: 03/08/2017 | Updated: 03/08/2017 | azah

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF BIOSCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXESRAg~