Gemilang 4 (G4) Menang Tempat Ketiga Pertandingan Koir HKIP 2019 | INSTITUTE OF BIOSCIENCE
» NEWS » Gemilang 4 (G4) Menang Tempat Ketiga Pertandingan Koir HKIP 2019

Gemilang 4 (G4) Menang Tempat Ketiga Pertandingan Koir HKIP 2019

SERDANG, 22 November : Kumpulan gabungan dari Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Sains dan Institut Biosains (G4), telah memenangi tempat ketiga Pertandingan Koir sempena Hari Kualiti Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2019.

Ahli kumpulan koir G4 yang terdiri daripada pelbagai peringkat skim jawatan 3 PTJ UPM, berganding bahu untuk memeriahkan lagi sambutan HKIP UPM 2019. Kumpulan G4 terdiri daripada pegawai akademik, pentadbir, pegawai veterinar dan staf pelaksana daripada pelbagai peringkat jawatan.

Ketika ditanya mengenai kesempatan latihan yang dijalankan, Ketua kumpulan Koir G4, Ludinata Misnun berkata, dalam kesibukan kerja hakiki, mereka menjalankan latihan secara intensif hampir setiap hari selama 2 bulan pada sebelah petang selepas waktu bekerja.

“Kami percaya, kamilah satu-satunya kumpulan yang menggunakan teknik empat (4) suara iaitu Soprano, Alto, Tenor dan Bass dalam pertandingan tadi”, kata Dr. Azalea Hani Othman, penggubah vokal dan konduktor G4.

Lagu berentak patriotik dengan gubahan muzik ala orkestra tersebut telah mendapat perhatian juri yang diketuai oleh Perunding dan Guru Vokal terkenal Malaysia iaitu Puan SIti Hajar yang pernah menjadi Guru Vokal Rancangan Terbitan Astro: Akademi Fantasia.

Lagu ‘Putra Inovasi’ yang dinyanyikan oleh Kumpulan G4 dicipta secara bersama oleh Ludinata Misnun (FPV) dan Khairul Danial (PKKSSAAS). Manakala liriknya ditulis oleh Musliyana Mansor (IBS).

G4 telah menerima hadiah wang tunai RM200.00 dan sijil penyertaan daripada Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM, di sini.

Date of Input: 28/11/2019 | Updated: 29/11/2019 | azah

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF BIOSCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045/ 3047
03 - 8947 2101
C1575983542