Penyertaan Institut Biosains Dalam Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 UPM (Gabungan G) | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Penyertaan Institut Biosains dalam Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 UPM (Gabungan G)

Penyertaan Institut Biosains dalam Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 UPM (Gabungan G)

10 Mei 2023 - Institut Biosains (IBS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial IBS (KESIB) telah mengambil bahagian menyertai Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 yang berlangsung serentak di seluruh kampus UPM bersama beberapa Pusat Tanggunggjawab (PTJ) lain di bawah Gabungan G.  Warga IBS sebulat suara memilih tema Semarakkan Tulisan Jawi untuk hiasan gerai bertempat di Dewan Bankuet, UPM.  Gerai IBS turut menghidangkan Rojak Buah dan Buah-buahan segar kepada pengunjung yang berziarah raya di Dewan Bankuet.

Tema Semarakkan Tulisan Jawi yang unik, kesegaran hidangan Rojak Buah dan Buah-buahan segar, kebersihan, kreativiti hidangan gerai, dan kerjasama ahli pasukan akhirnya membuahkan hasil apabila IBS telah dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Pertandingan Booth Raya Terbaik Gabungan G.  Kemeriahan ini turut diserikan lagi dengan kemenangan Encik Meor Shafaras bin Meor Sapelin dalam Pertandingan Karaoke Lagu Raya di bawah kategori ‘People’s Choice’.

Warga IBS amnya dan AJK KESIB khasnya menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus menyediakan persiapan gerai dan hidangan bagi menjayakan program Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 kali ini.

     
     
   

 

Tarikh Input: 26/05/2023 | Kemaskini: 01/06/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEaTAz~