Program Bedah Buku Read@IBS Edisi Kembali Ke Sekolah | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Program Bedah Buku Read@IBS Edisi Kembali ke Sekolah

Program Bedah Buku Read@IBS Edisi Kembali ke Sekolah

1 Mac 2024 - Jawatankuasa Sudut Bacaan Read@IBS telah berjaya menganjurkan Program Bedah Buku Read@IBS bagi bulan Mac 2024, dengan edisi Kembali ke Sekolah. Sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Zara Safiya binti Luqman Arif, 9 tahun dan merupakan anak kepada Dr. Kartini Jasni, staf Institut Biosains (IBS). Zara mengulas buku komik bergambar bertajuk Puteri yang diterbitkan oleh Les’ Copaque Sdn Bhd. Moderator bagi program ini adalah Nurul Aqilah binti Nurul Amin, berusia 10 tahun dan juga merupakan anak kepada Puan Nor Umaira Abu Asan, staf IBS.

Program ini telah dihadiri secara fizikal oleh 24 orang dewasa dan 19 orang kanak-kanak. Tambahan lagi, program ini disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi IBS. Program ini juga telah mendapat tajaan oleh Les’ Copaque Sdn. Bhd. yang pemurah menyumbangkan sebanyak 30 figurin permainan Puteri. Program bedah buku seterusnya akan bertema Edisi Syawal dijadualkan pada April 2024.

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEUFA4~