| INSTITUT BIOSAINS

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan pelbagai program pengajian pasca siswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa.

SYARAT KEMASUKAN

 

SYARAT PROGRAM

 

Doktor Falsafah dan Tesis

• Kursus wajib – Seminar’s Proposal (SPS 6903) dan Doctoral’s Research (SPS6999).

• Pelajar diwajibkan untuk lulus Peperiksaan Komprehensif (CE), dimana perlu diduduki setelah selesai  semua kerja kursus dalam masa semester kelima (5) pendaftaran.

• Tesis akan diperiksa dan  viva voce akan diadakan pada  semester akhir untuk memastikan kecekapan pelajar dalam bidang pengajian.

Sarjana dan Tesis

• Kursus wajib – Seminar’s  Proposal (SPS 5903) , Master’s Research (SPS5999) dan Kaedah Penyelidikan (3 Kredit)

• Tesis akan diperiksa dan  viva voce akan diadakan pada  semester akhir untuk memastikan kecekapan pelajar dalam bidang pengajian.

Tempoh Pengajian

• Program Doktor Falsafah
Tempoh minima dan maksima pengajian adalah 2 tahun dan 5 tahun.
 
• Program Sarjana
Tempoh minima dan maksima pengajian adalah 1 tahun dan 3 tahun.

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar  yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai  kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar.

 

Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni  pada bila-bila masa. 

 

Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti. Sehingga Julai 2017, UPM mempunyai 5,831 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing.

 

B1566498551