| INSTITUT BIOSAINS
senarai pengumuman terkini
Tahnia diucapkan kepada 
  1. Rafiuz Zaman Haroun
Institut Biosains ingin mengucapkan tahniah kepada kepada penyelidik bersekutu IBS iaitu Prof. Madya Dr. Adam Leow Thean Chor yang telah dinaikkan pangkat Profesor Madya (DS54) berkuatkuasa 1 Mac, 2017.
 
Tahniah diucapkan.

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 akan diadakan pada 10 hingga 14 Julai 2017 dan 17 - 21 Julai 2017

Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di pejabat Pengarah (03-89472111) dan Timbalan Pengarah (03-89472218) IBS mengalami kerosakan teknikal buat sementara waktu dan makluman akan dibuat setelah kerosakan tersebut telah dibaiki. Harap maklum.

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM akan melaksanakan Sistem kawalan Capaian Rangkaian UPMNet. Sistem ini telah dilaksanakan dan digunakan untuk semua rangkaian WiFi di kolej UPM. 

Setiap warga UPM yang ingin mengakses Internet, perlu melalui proses verifikasi menggunakan UPM-ID.

Sehubungan dengan itu, pihak iDEC telah meluaskan lokasi pelaksanaan ke seluruh UPM melalui implementasi secara berperingkat mulai 19 Julai dan Institut Biosains telah tersenarai untuk pelaksanaan pada 25 Oktober 2017.

Terima kasih

 

Dimaklumkan bahawa Sistem Perakam Waktu Baharu akan mula diguna pakai secara rasmi 3 Julai 2017 (Isnin).

Sistem Perakam Waktu Baharu boleh dicapai di perakamwaktu.upm.edu.my

Terima kasih.

 

YBhg. Tan Sri/Datin Paduka/Dato’/Datuk/Prof./Tuan/Puan,

Sepertimana sedia maklum semua pegawai universiti yang ingin ke luar negara (Rasmi dan Tidak Rasmi) perlulah memohon melalui Sistem Permohonan Luar Negara UPM (SPLN). 

Dalam Minit Mesyuarat Pegawai Kanan ke 99 [Minit 99.06 (a)] bertarikh 2 Jun 2016 yang telah diedarkan kepada semua Pegawai Kanan berkaitan `Pematuhan Peraturan Perjalanan Atas Tugas Rasmi Ke Luar Negara Oleh Badan Berkanun Persekutuan’, melalui Para 5 Surat Pekeliling Am Perbendaharan Bil 1 2015, SEMUA PERMOHONAN PERJALANAN RASMI KE LUAR NEGARA hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh perjalanan ke Pejabat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Oleh itu, bagi memastikan permohonan ke luar negara RASMI dapat dihantar ke KSU mengikut tempoh, maka tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan daripada tarikh penghantaran permohonan yang lengkap diterima melalui Sistem Perjalanan Luar Negara (SPLN) http://bursar1.upm.edu.my/spln/ oleh pemohon adalah;

  1. 7 hari bekerja untuk TIDAK RASMI, dan
  2. 6 minggu untuk RASMI 

Ini akan merangkumi tempoh masa yang telah ditetapkan kepada urusetia SPLN untuk semakan, zon kewangan untuk pengesahan peruntukan (jika berkaitan), Ketua PTJ untuk sokongan permohonan sebelum ke peringkat perakuan/kelulusan Naib Canselor.

Manakala bagi permohonan RASMI merangkumi juga ke peringkat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dilampirkan adalah garis panduan terbaharu SPLN untuk makluman dan perhatian. Garis panduan juga boleh didapati di dalam sistem SPLN. 

Sekian, untuk makluman dan perhatian.

Mengalu-alukan kehadiran Tn. Hj. Mhd. Hussin Abdul Rahim Ketua Penolong Pendaftar yang menggantikan Tn. Hj. Jamsari yang telah bersara pada 7 Ogos 2017. Terima kasih kepada Tn. Hj. Jamsari Tamsir di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan dan selamat datang kepada Tn. Hj. Mhd. Hussin Abdul Rahim.

Sukacita dimaklumkan, Portal Putra UPM kini boleh digunakan untuk mengakses pelbagai sistem aplikasi melalui satu antara muka.

Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my) merupakan inisiatif Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM bagi menyediakan kemudahan capaian atau ‘access gateway’ ke sistem aplikasi Universiti dengan menerapkan teknologi pengesahan (authentication) UPM-ID Single Sign-On (SSO).

Dengan adanya Putra Portal UPM, konsep “Single Sign-On (SSO)” diamalkan, dimana capaian kepada pelbagai sistem aplikasi dapat dibuat dengan menggunakan single ID (UPM-ID) dan paparan juga mesra peranti mudah alih.

Untuk makluman semua, sebanyak 21 sistem aplikasi telah menggunapakai konsep SSO, yang boleh dicapai melalui Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

Sebanyak 32 sistem aplikasi lain yang masih belum menggunapakai konsep SSO boleh juga dicapai pantas melalui ikon "NON SSO" pada Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk iDEC (03 8947 1990) atau email idec_helpdesk@upm.edu.my 

Rujuk Pautan di sini 

 Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera,
 
1. Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2017, Pejabat Pendaftar akan menggunakan sistem e-lppt yang baharu untuk penilaian prestasi staf Kumpulan Pelaksana. Sistem baharu dikenali sebagai PUTRA PRESTASI. Sehubungan itu, sukacita saya menarik perhatian tuan/puan bahawa proses pengisian wajaran dan sasaran kerja tahunan (SKT) tuan/puan akan bermula pada 21 Ogos 2017 (Isnin) dan berakhir pada 28 Ogos 2017. Mohon semua untuk melaksanakan proses berkenaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar bagi mengelakkan kesulitan serta mengganggu kelancaran proses di pihak urusetia IBS dan Pejabat Pendaftar. Tuan/puan diminta melaksanakan proses tersebut melalui laman sesawanghttp://prestasi.upm.edu.my
 
2. Kegagalan tuan/puan untuk mengisi e-lppt ini akan memberi implikasi;
i.   proses penilaian prestasi tahun 2017 tidak dapat dilaksanakan.
ii.  Tiada pergerakan gaji tahunan (PGT) untuk tahun 2018.
iii. menjejaskan proses kenaikan pangkat/fleksi/lantikan kontrak/selepas bersara.
 
Sebarang pertanyaan dan masalah semasa tempoh tarikh pengisian wajaran boleh hubungi Puan Aziah Noh (ext : 2112) dan Puan Nor Hamizah Mashud (ext : 2109).
 
Terima kasih. 
 
AZIAH HJ. NOH
Penolong Pendaftar Kanan
Institut Biosains
Universiti Putra Malaysia
 
Tel    :  03-89472112
Faks :  03-89472218

Salam Sejahtera,

 
Adalah dimaklumkan bahawa Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah bersetuju dengan pelanjutan pelantikan YBhg. Profesor Dr. Fatimah Md. Yusoff sebagai Ketua, Laboratori Bioteknologi Marin IBS mulai 1 September 2017 hingga 31 Mei 2018.
 
Tahniah dan syabas diucapkan.
 
Sekian, terima kasih.

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan pada sistem talian HOTLINE UPM yang lama 03-89466000 sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.  Sehubungan itu, pelanggan UPM boleh menghubungi talian hotline baharu seperti berikut :-

 

Toll Free UPM: 1-800-22-5587 (pelanggan luar) / 03-89471003 (dalaman UPM)


Sekian, segala kesulitan amatlah dikesali dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Institut Biosains ingin melafazkan ucapan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa yang telah dilantik sebagai Ketua Laboratori Vaksin dan Imunoterapeutik, Institut Biosains bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 15 September 2018 hingga 14 September 2021.

Sekalung tahniah diucapkan dan selamat datang ke IBS.

 

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

1.    Prasiswazah

2.    Siswazah 

3.    Penyelidikan dan Inovasi

4.    Perkhidmatan Sokongan

TERKINI:

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan Internet akan berlaku seperti berikut:-

 

NOTIS GANGGUAN INTERNET

Tarikh :

22 September 2018 (Sabtu)

Masa :

2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :

Seluruh Kampus UPM

Impak :

Ganggunan perkhidmatan untuk capaian Internet. Pengguna akan mengalami kesukaran mencapai rangkaian Internet seperti Google, Email dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, akses ke sistem aplikasi dalaman (intranet) UPM seperti SMP dan IGIMS tidak akan terganggu.

 Kawasan terlibat :

Keseluruhan Kampus Serdang dan Bintulu, UPM

Punca Gangguan :

Kerja Naiktaraf Firewall Utama UPM

Status Terkini :

Notis Awal.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi iDEC Helpdesk di talian 03-8947 1990 atau emel kepada idec_helpdesk@upm.edu.my.

 

 

Semua Staf UPM

 

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya pihak kami merujuk kepada perkara di atas.

Pihak KPM telah mengarahkan satu kajiselidik penggunaan perisian Adobe CC di kalangan pengguna yang berdaftar. Sehubungan itu, KPM memohon kerjasama Tuan/Puan bagi mengedarkan borang kajiselidik kepada pengguna-pengguna di institusi Tuan/Puan.

Borang Kajiselidik ini boleh didapatkan dalam beberapa format bergantung kepada kaedah edaran yang sesuai.

  1. Borang PDF boleh dimuat turun dari https://adobe.ly/2BSyGxZ. Sila gunakan Adobe Acrobat bagi mengisi dan menghantar terus borang yang telah dilengkapkan.
 
ATAU
  1. Google Form boleh dicapai di https://goo.gl/forms/7OEJjC0fzCaZ8ZL12

 

Sila lengkapkan kajiselidik ini selewat-lewatnya pada 25 Disember 2018 (SELASA).

Perhatian dan kerjasama pihak Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai. Sila hubungi Bahagian Perancangan Governan iDEC, melalui idec_bpg@upm.edu.my  jika perlukan penjelasan lanjut.

 

Sekian, terima kasih

 
******************************************
KRISHNAN MARIAPPAN
Ketua
Bahagian Perancangan dan Governan ICT
Pusat Pembangunan Maklumat & Komunikasi (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Takwim Latihan  bagi tahun 2019 adalah seperti dilampiran. 

Salam Hormat,

 
Dilampirkan hebahan daripada pihak Indian Institute of Technology Delhi yang menawarkan International PhD Fellowship Programme (IPFP).  Sila layari laman web berikut:-
 
*   IIT Delhi:  www.iitd.ac.in
*   Permohonan atas talian: https://ecampus.iitd.ac.in/IPGADM 
 
Sekian, terima kasih.

Selamat datang dan selamat berkhidmat di IBS diucapkan kepada Puan Shahriah Membar yang menggantikan Puan Aziah Hj. Noh yang telah bertukar ke Pejabat Bursar.

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045/ 2109
03 - 8947 2101
B1566498263