Lawatan Kerja UNiCC Ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Lawatan Kerja UNiCC ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Lawatan Kerja UNiCC ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

19 Mac 2024 – Empat delegasi dari Unit Koleksi Kultur Mikrob (UNiCC) yang diketuai oleh Prof. Dr. Zunita Zakaria, Pengarah Institut Biosains dan selaku Penasihat UNiCC telah ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Petaling Jaya untuk sesi lawatan kerja. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mengadakan perbincangan berkaitan kesediaan dan keperluan UNiCC dalam mendapatkan status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan (NDA). Selesai sesi perbincangan, delegasi UNiCC dibawa untuk melihat sekitar pejabat baharu MyIPO yang dijangka akan dirasmikan pada bulan April 2024.


Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEbVAy~