Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Institut Biosains | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Perjumpaan Pengarah bersama Warga Institut Biosains

Perjumpaan Pengarah bersama Warga Institut Biosains

11 Mac 2024 - Sesi perjumpaan Pengarah bersama warga Institut Biosains (IBS) telah diadakan pada 11 Mac 2024 di Auditorium, IBS yang menandakan 40 hari pelantikan beliau sebagai Pengarah Institut Biosains. Perjumpaan ini menjadi platfom kepada Pengarah IBS bagi menyampaikan Naratif dan Rangka Kerja Penyelidikan Institut Biosains kepada warga IBS, selari dengan Rangka Hala Tuju Strategik dan Misi UPM 2050 dalam Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi (RDICE). Selain itu, Pengarah turut berkongsi mengenai status terkini sembilan Projek Khas Institut Biosains 2022-2025. Di samping itu, Pengarah turut menekankan kepada warga IBS kepentingan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, memberi perkhidmatan yang melebihi jangkaan pelanggan dan dalam masa yang sama mengamalkan keseimbangan antara kehidupan dan kerja yang sihat. Di akhir perjumpaan ini, sesi interaksi diadakan bersama Pengarah di mana warga IBS berpeluang mengajukan soalan dan menyuarakan pandangan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Pengarah, dan penghargaan kepada semua warga IBS yang terlibat. 

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEbNAt~