COMeT Sebagai Pusat Penyelidikan Haiwan Makmal Berstandard Tinggi Kepada Pelanggan. | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » COMeT sebagai pusat penyelidikan haiwan makmal berstandard tinggi kepada pelanggan.

COMeT sebagai pusat penyelidikan haiwan makmal berstandard tinggi kepada pelanggan.

Kontrak penyelidikan telah dijalankan di COMeT sejak 2014 pada skala kecil. Sejak 2017, sasaran COMeT adalah untuk memaksimumkan aktiviti kontrak penyelidikan kepada institusi pengajian tinggi dan agensi luar, berdasarkan kemampuan untuk beroperasi 24 jam dan servis veterinar yang cemerlang serta fasiliti biosekuriti tahap 2. Bagi mencapai matlamat tersebut, COMeT telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Syarikat Prima Nexus Sdn. Bhd. selama dua tahun bermula 2022 hingga 2024.

Syarikat Prima Nexus Sdn. Bhd. telah menunjukkan komitmen tinggi untuk membantu dan meningkatkan aktiviti penyelidikan di COMeT sejak 2017 dengan mengesyorkan COMeT sebagai pusat penyelidikan haiwan makmal berstandard tinggi kepada pelanggan mereka, terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Syarikat Prima Nexus Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang membekalkan keperluan haiwan makmal kepada seluruh penyelidik universiti awam dan swasta untuk kegunaan latihan dan penyelidikan.

Syarikat Prima Nexus Sdn. Bhd. juga aktif bekerjasama dengan COMeT dalam menganjurkan program berkaitan haiwan makmal seperti bengkel pengendalian haiwan, kursus jangka pendek, ceramah dan seminar haiwan makmal.

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045/ 3047
03 - 9769 2101
BVJcFAf:05:41