23 April 2024 – Kelab Kebajikan dan Sosial Institut Biosains (KESIB) telah menganjurkan Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM. YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah ditemani oleh Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa serta YBhg. Prof. Dr. Zunita Zakaria, Pengarah Institut Biosains (IBS).
Sambutan ini dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisi raya seperti ketupat, rendang, lemang, dan nasi impit. Tambahan lagi, hidangan utama yang terdiri daripada nasi ayam, soto, laksa dan lontong dihidang, bersama juadah pencuci mulut seperti buah-buahan segar, kuih muih, dan roti jala. Keunikan hidangan ini adalah kerana ianya disediakan dan disumbangkan oleh staf IBS sendiri.
Selain itu, terdapat beberapa permainan untuk para hadirin dan paling meriah adalah permainan melibatkan pengurusan IBS. Aktiviti seperti karaoke, pertandingan menguji minda dan pertandingan pakaian sedondon bertemakan hari raya juga diadakan bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan staf IBS.
Ucapan terima kasih sepenuh hati kepada semua para tetamu yang hadir meraikan sambutan hari raya di IBS, ahli jawatankuasa KESIB, dan staf IBS yang menyumbang dalam kejayaan pelaksanaan Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri UPM 2024.

Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 31/05/2024 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my