31 Julai 2026 – Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan panel penilai sempena Pertandingan Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2026 pada 31 Julai 2026.
Sesi penjurian yang berlangsung di Sudut Bacaan Read@IBS ini bertujuan menilai usaha PTJ dalam mewujudkan ruang bacaan yang kondusif, kreatif dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia untuk membudayakan amalan membaca serta memperkukuh ekosistem pembelajaran sepanjang hayat.
Delegasi panel penilai terdiri daripada Puan Noor Syafini Zamani dan Puan Emelda Mohd Hamid, yang telah menilai pelbagai aspek termasuk pengurusan sudut bacaan, kreativiti dan idea, penglibatan warga IBS serta pelaksanaan aktiviti galakan membaca sepanjang tahun.
Sesi turut diserikan dengan lawatan ke ruang bacaan serta demonstrasi beberapa aktiviti interaktif yang menjadi identiti Sudut Bacaan Read@IBS. Komitmen warga IBS dalam menjayakan budaya membaca mencerminkan usaha berterusan institut dalam menyokong pembangunan ilmu, kreativiti dan kesejahteraan warga kampus.
Institut Biosains merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penilai atas kunjungan dan penilaian yang telah dilaksanakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua warga IBS yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Sudut Bacaan Read@IBS sehingga berjaya menjadi sebuah ruang ilmu yang aktif, kondusif dan memberi manfaat kepada seluruh warga universiti.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dalam menyemarakkan budaya membaca serta menyokong aspirasi UPM sebagai sebuah universiti berteraskan ilmu.
![]() |
|
|
|||
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 04/08/2026 | Kemaskini: 04/08/2026 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my