25 April 2025 – Program Talent@IBS bagi Pembentangan Teknikal Skim C Sesi April 2025 telah berjaya dilaksanakan dan dihadiri oleh staf makmal Institut Biosains (IBS) yang dilaksanakan di Bilik Seminar NaturMeds B dan juga di Unit Biodiversiti, IBS. Pembentang pertama adalah Encik Rusdam bin Awang, merupakan Pegawai Sains di Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES). Beliau memberikan syarahan berkenaan Penyediaan dan Penyimpanan Media Kultur Sel. Pembentang kedua adalah Puan Julia binti Abdul Aziz, Pegawai Sains di Unit Biodiversiti (UBD). Beliau telah membentangkan perkongsian bertajuk Teknik Asas Kultur Tisu Tumbuhan.
Semasa program ini, En Rafiuz Zaman Haroun selaku Ketua Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat terkini dan laporan berkaitan kepada semua peserta yang hadir.
Program yang dilaksanakan setiap bulan ini merupakan program anjuran Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS. Semoga dengan perkongsian yang diadakan ini dapat memberikan pendedahan yang lebih kepada semua staf makmal di IBS berkaitan pengendalian alat/teknik khusus serta pertukaran idea sesama staf.
Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my