Program Taklimat Keselamatan Pelajar Baharu IBS Berjalan Lancar | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Program Taklimat Keselamatan Pelajar Baharu IBS Berjalan Lancar

Program Taklimat Keselamatan Pelajar Baharu IBS Berjalan Lancar

20 April 2026 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Institut Biosains (IBS) dengan kerjasama Seksyen Siswazah IBS telah menganjurkan Program Taklimat Keselamatan Pelajar Baharu bertempat di Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, IBS.

Program ini melibatkan pelajar siswazah Semester 1 hingga Semester 4 dan pelajar latihan industri bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu serta mengukuhkan kefahaman pelajar sedia ada mengenai amalan keselamatan makmal dan kepentingan keselamatan serta kesihatan pekerjaan sepanjang menjalankan penyelidikan.

Program ini menampilkan barisan penceramah terdiri daripada Prof. Dr. Zunita Zakaria (Pengarah IBS), Prof. Dr. Ina Salwany Md Yasin (Timbalan Pengarah IBS merangkap Pengerusi JKKP IBS), Encik Rafiuz Zaman Haroun (Ketua Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS) serta Puan Nor Umaira Abu Asan (Setiausaha JKKP IBS).

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen IBS dalam memastikan persekitaran pembelajaran dan penyelidikan yang selamat, kondusif serta berteraskan budaya kerja yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

  

 

  

Tarikh Input: 27/04/2026 | Kemaskini: 27/04/2026 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
X, (05:44:34am-05:49:34am, 21 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]