19 Jun 2025 – Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik (AquaHealth), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Tiong Trove Family Farm telah menganjurkan program pengurusan kesihatan ikan bersama penternak bertempat di Tiong Trove Family Farm di Sungkai, Perak.
Program ini telah dihadiri oleh penternak akuakultur daripada sekitar Sungkai, Perak. Penceramah yang terlibat adalah Prof. Dr. Mohammad Noor Amal Azmai, Prof. Dr. Ina Salwany Md Yasin, Dr. Nur Diyana Mohamad Tahir, Dr. Norhariani Mohd Noor, dan ChM. Muhammad Farhan Nazarudin daripada AquaHealth. Topik yang dibincangkan merangkumi aspek penting dalam pengurusan kualiti air, epidemiologi penyakit, serta pengurusan kesihatan haiwan akuatik dan kawalan penyakit dalam akuakultur. Sesi soal jawab dan perbincangan bersama penternak turut diadakan diakhir program. Para penternak turut berpeluang menyertai sesi lawatan ke hatceri bagi melihat secara langsung aplikasi sistem ternakan ikan di lapangan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkenaan kepentingan kesihatan haiwan akuatik serta menyebarkan ilmu terkini hasil penyelidikan saintifik kepada penternak. Melalui program ini, penyelidik dapat membantu dan memahami permasalahan yang dihadapi oleh para penternak ikan. Selain itu juga, penganjuran program ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama antara universiti, industri dan komuniti selaras dengan usaha untuk melonjakkan pembangunan akuakultur negara ke tahap lebih baik.
Tarikh Input: 02/07/2025 | Kemaskini: 02/07/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my