Meriahnya Lain Macam Di Kampung Halaman: Sambutan Mega Raya IBS 2025 | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Meriahnya Lain Macam di Kampung Halaman: Sambutan Mega Raya IBS 2025

Meriahnya Lain Macam di Kampung Halaman: Sambutan Mega Raya IBS 2025

24 April 2025 - Institut Biosains (IBS) telah menganjurkan Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2025 dengan tema “Meriahnya Lain Macam di Kampung Halaman”, yang dikelola oleh Kelab Kebajikan Sosial Institut Biosains (KESIB) dengan mandat rasmi pihak pengurusan. Majlis dimulakan dengan ucapan penuh bermakna oleh Timbalan Pengarah IBS, Yang Berbahagia Prof. Dr. Ina Salwany Md. Yasin.
 
Reruai juadah tradisional yang pelbagai menyemarakkan suasana, diiringi Pertandingan Reruai Paling Kreatif yang terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan. Penjurian reruai dikendalikan oleh mantan staf, Tuan Haji Abdul Rahman Othman dan Encik Mohd Razif Ahmad. Kuiz 3R Riang Ria Raya turut mencuri tumpuan dengan penyertaan meriah daripada warga IBS.
 
Majlis bertambah seri dengan nyanyian lagu raya oleh staf dan pengurusan IBS serta pengumuman Pertandingan Reruai Paling Kreatif. Reruai Pejabat Direktorat muncul juara, diikuti Laboratori Vaksin dan Biomolekul serta Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi. Pemenang Pertandingan Pakaian Sedondon pula dimenangi oleh Puan Irmazian Mohd Shukor dan En. Salahudin Mohd Raof.
 
   
       
   

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
W, (04:53:55am-04:58:55am, 11 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]