Majlis Khatam Al Quran Dan Berbuka Puasa Peringkat IBS 1446H | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Majlis Khatam Al Quran dan Berbuka Puasa Peringkat IBS 1446H

Majlis Khatam Al Quran dan Berbuka Puasa Peringkat IBS 1446H

21 Mac 2025 – Biro Kerohanian, Kelab Kebajikan dan Sosial IBS (KESIB) dengan kerjasama pihak pengurusan Institut Biosains (IBS) telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran dan berbuka puasa peringkat IBS sempena Ramadan 1446H.

Majlis julung-julung kali diadakan ini diserikan dengan kehadiran pengarah IBS, Profesor Dr. Zunita Zakaria, para ahli pengurusan IBS, staf IBS dan keluarga serta pelajar IBS. En. Rafiuz Zaman Haroun dalam ucapannya selaku wakil pengurusan menyatakan sokongan penuh pihak pengurusan dalam penganjuran majlis seperti ini yang pastinya dapat merapatkan lagi silaturahim  sesama staf dan mengimarahkan lagi sambutan Ramadan kali ini. Ia bersesuaian dengan cogankata majlis iaitu 'Ramadan Dirai, Ganjaran Dinikmati'.

Sebelum majlis khatam Al Quran diadakan, setiap staf telah diagihkan bilangan mukasurat Al Quran yang perlu dibaca bermula daripada 3 Mac hingga 20 Mac 2025. Bacaan surah Adh-Duha hingga An-Naas secara beramai-ramai telah diketuai oleh Ustaz Hafiz Ghazali dari Pusat Islam UPM. Dalam tazkirah, beliau menekankan tentang kepentingan untuk terus belajar membaca Al Quran walaupun bacaan tidak lancar. Hikmah membaca dan memahami Al Quran adalah sangat besar dan menjadi panduan hidup.

Selepas berbuka puasa dengan makanan yang ringkas, solat Maghrib secara berjemaah telah diadakan di Bilik Tongkat Ali Emas. Sejurus selesai, semua tetamu menikmati juadah berbuka puasa dengan menu utama nasi ayam dan pelbagai jenis makanan lain hasil sumbangan para tetamu.

En. Mohamad Ismail Bin Baharom, selaku pengarah program mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para tetamu. Tidak lupa juga kepada para penyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit, makanan mahupun tenaga. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan Pusat Islam UPM dan Masjid Kompleks Pertanian Serdang di atas kesudian meminjamkan Al Quran, tikar dan rehal. Semoga majlis seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa akan datang.

  

 

 

Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 25/03/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
X, (03:37:55am-03:42:55am, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]