4 Jun 2024 – Bengkel Kit Saringan Invasif Spesies Akuatik (AS-ISK) ini merupakan program anjuran Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik (AquaHealth) dan telah diadakan di Bilik Sumber AquaHealth, Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Bengkel ini melibatkan lima orang staf dari Institut Akuakultur Tropikal dan Perikanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 4 Jun 2024 sehingga 6 Jun 2024. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Mohammad Noor Amal Azmai (Ketua Laboratori AquaHealth, UPM) dan dikelolakan oleh Dr. Saba Abdulwakil Olawale (Penyelidik Pasca Doktoral, Fakulti Sains, UPM). Antara modul yang disampaikan oleh Dr. Saba Abdulwakil Olawale ialah Protokol dan Tahap-tahap Saringan Risiko, Penentukuran AS-ISK Menggunakan ROC dalam SPSS, Kajian Kes Penilaian Risiko Invasif serta Sesi Amali AS-ISK. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran praktikal dalam aplikasi (AS-ISK) serta memperkukuhkan kolaborasi antara Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik di IBS, UPM dengan Institut Akuakultur Tropikal dan Perikanan di UMT dalam usaha pengurusan spesies akuatik yang invasif.

Tarikh Input: 30/07/2024 | Kemaskini: 30/07/2024 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my