IDRP menumpukan kepada bidang kepakaran Institut Biosains yang bersifat khusus dan berimpak tinggi seperti penyelidikan kanser, teknologi biota bakteria asid laktik serta keselamatan, sekuriti dan integriti penyelidikan. Program ini menyokong misi universiti dalam membina ekosistem penyelidikan yang selamat, beretika dan berdaya cipta.