WORKSHOP ON MICROBIAL COMMUNITY AND PHYLOGENETICAL ANALYSIS: APPLICATION IN AQUACULTURE | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » WORKSHOP ON MICROBIAL COMMUNITY AND PHYLOGENETICAL ANALYSIS: APPLICATION IN AQUACULTURE

WORKSHOP ON MICROBIAL COMMUNITY AND PHYLOGENETICAL ANALYSIS: APPLICATION IN AQUACULTURE

Oleh Noraznita Sharifuddin & Zufliha Zakaria
Foto oleh Mohd Shukri Abu Bakar

 

SERDANG, Feb 27 - Makmal Bioteknologi Marin, IBS berjaya menganjurkan Workshop On Microbial Community And Phylogenetical Analysis: Application In Aquaculture. Bengkel ini direka untuk memberi pemahaman berkaitan konsep komuniti mikrob dan analisis filogenetik yang boleh digunakan dalam pengurusan kesihatan ikan dan untuk mendapat perkembangan terkini dalam menjalankan analisis data penyelidikan.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman berkaitan komuniti mikrob, yang penting bagi penyelidik dalam pengurusan kesihatan ikan, dimana komuniti mikrob mempunyai peranan yang penting dalam langkah pencegahan yang berkesan. Analisis filogenetik yang digunakan secara meluas dalam penyelidikan akuatik mikrob juga telah diketengahkan sebagai jalan di mana pengetahuan dan kemahiran baru dapat diperoleh dalam pengurusan kesihatan ikan.

Dihadiri oleh 33 orang peserta, bengkel ini dijalankan oleh penceramah jemputan Prof. Dr. Mark R. Liles dari Auburn University, USA.-

Tarikh Input: 13/03/2020 | Kemaskini: 13/03/2020 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXESSAU~