Webinar UPM-MCC Perkasa Ilmu Pemeliharaan Warisan Mikrob Saintifik Dan Industri | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Webinar UPM-MCC Perkasa Ilmu Pemeliharaan Warisan Mikrob Saintifik dan Industri

Webinar UPM-MCC Perkasa Ilmu Pemeliharaan Warisan Mikrob Saintifik dan Industri

15 April 2025 – Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Webinar UPM-MCC Siri 1/2025 bertajuk “The French International Depository Authority’s (IDA) Experience on the Protection and Conservation of Scientific and Industrial Heritage” secara dalam talian Zoom.

Webinar ini menampilkan penceramah jemputan antarabangsa, Dr. Raquel Hurtado Ortiz, yang merupakan Ketua Eksekutif dan Pentadbiran di National Collection of Cultures of Microorganisms (CNCM), Institut Pasteur, Perancis. Beliau berkongsi pengalaman luas berkaitan strategi dan amalan terbaik dalam perlindungan serta pemuliharaan koleksi mikrob saintifik dan industri.

Webinar ini telah menarik penyertaan ramai penyelidik dari dalam dan luar negara, mencerminkan minat global terhadap pengurusan koleksi mikrob yang berkualiti dan lestari. Program ini juga menjadi platform penting untuk pertukaran ilmu dan jaringan antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sumber mikrob.

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (10:14:23pm-10:19:23pm, 11 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]