21 Mei 2025 – Universiti Putra Malaysia menerusi Institut Biosains (diterajui oleh Koleksi Kultur Mikrob UPM – UPM-MCC) hari ini menandatangi dan bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) dengan World Data Centre for Microorganisms (WDCM) dalam memperkukuhkan lagi hubungan dalam bidang koleksi kultur mikrob dan pengkalan data.
Pihak UPM telah diwakili oleh Professor Dr Zunita Zakaria, Pengarah IBS dan diiringi oleh Professor Dr Ina Salwany Md Yasin dan dua orang Pegawai Sains. Pihak WDCM telah dihadiri oleh Dr Wei Qian, Pengarah Institute of Microbiology Chinese Academy of Science (IMCAS) dan Dr Juncai Ma, Pengarah WDCM.
UPM yang diterajui oleh IBS dan WDCM sebelum ini pernah mengadakan MoU dengan pihak WDCM sebanyak dua kali iaitu pada pertama kali adalah pada 30 September 2013 sehingga 1 Oktober 2018 dan kali kedua 21 Ogos 2019 – 22 Ogos 2024. Sepanjang tempoh MoU ini, pelbagai kerjasama telah dilaksanakan oleh kedua-dua pihak antaranya penganjuran bersama konferen dan seminar serta peluang staf menghadiri latihan ke luar negara. Penyambungan MoU ini untuk penggal ketiga diharap dapat memperkukuhkan lagi peranan UPM-MCC sebagai pusat rujukan dan juga sebagai National Depository Authority (NDA) di Malaysia.
Proses pertukaran MoU ini telah diadakan di Hotel Lahan, Jeonju, Korea Selatan bersempena 22nd Meeting of Asian Consortium for the Conservation and Sustainable Use of Microbial Resources (ACM22) anjuran National Institute of Agricultural Sciences (NAS), Korea Selatan.
Tarikh Input: 21/05/2025 | Kemaskini: 21/05/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my