UNiCC, IBS Menerima Lawatan MyIPO | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » UNiCC, IBS menerima lawatan MyIPO

UNiCC, IBS menerima lawatan MyIPO

31 Januari 2023 – Unit Koleksi Kultur Mikrob (UNiCC), Institut Biosains telah menerima lawatan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang melibatkan 3 orang delegasi yang diketuai oleh En. Razhuan Bin Hussin, Pengarah Kanan, Bahagian Sains Paten & Pengetahuan Tradisional. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh UNiCC. Lawatan telah dimulai dengan sesi suaikenal dan pembentangan dari pihak UPM dan MyIPO disusuli dengan sesi lawatan ke makmal. Sesi perbincangan juga telah dilaksanakan bagi membincangkan tentang kecenderungan dan kesediaan UNiCC untuk diiktiraf sebagai salah satu pusat koleksi kultur mikrob di Malaysia yang berstatus Pihak Berkuasa Depositori Kebangsaan (NDA) bagi tujuan pendaftaran paten.

 

Tarikh Input: 01/02/2023 | Kemaskini: 01/02/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXERAAN~