17 Jun 2025 – Training Workshop on Chenomx NMR Analysis anjuran Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, NaturMeds A, IBS. Seminar ini telah dihadiri oleh penyelidik dan pelajar dari dalam dan luar UPM.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta berkenaan analisis spektrum NMR dan identifikasi metabolit menggunakan perisian Chenomx NMR Analysis untuk diaplikasikan dalam penyelidikan berasaskan metabolomik. Sesi syarahan dan latihan telah disampaikan oleh En. Azizul Isha, Pegawai Penyelidik dari NaturMeds. Sesi perbincangan dan soal jawab antara penceramah dan peserta turut diadakan di akhir sesi praktikal.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah menerima maklum balas positif daripada para peserta dan mencapai objektif utama penganjurannya. Peserta turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan berharap bengkel seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memantapkan pemahaman dan meningkatkan kualiti hasil penyelidikan dalam menjalankan penyelidikan berasaskan metabolomic.
Tarikh Input: 18/06/2025 | Kemaskini: 18/06/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my