15 Mei 2026 – Institut Biosains (IBS), UPM terus komited memperkasa modal insan melalui penganjuran program Talent@IBS Staf Pelaksana: Klinik Putra Finance. Program yang berlangsung di Bilik Seminar Tongkat Ali Emas ini merupakan siri kedua penganjurannya dengan membawakan pengisian tajuk yang berbeza dan lebih praktikal.
Dihadiri seramai 44 orang peserta, program ini berjaya mencapai objektif strategiknya dengan cemerlang, mencatatkan skor purata keseluruhan antara 4.39 hingga 4.68. Kejayaan ini mencerminkan impak positif pengisian modul terhadap peningkatan kompetensi kakitangan.
Antara objektif utama program adalah mewujudkan platform perkongsian ilmu, meningkatkan kemahiran melalui topik relevan, serta memupuk budaya pembelajaran berterusan. Selain itu, ia memberi ruang kepada staf berkongsi kepakaran, memperkasa kemahiran digital dan pembangunan diri, serta memastikan setiap kakitangan mempunyai nilai tambah yang selaras dengan keperluan semasa organisasi.
Melalui inisiatif ini, IBS berharap dapat melahirkan staf pelaksana yang lebih proaktif dan berdaya saing. Syabas kepada semua peserta atas penglibatan aktif dalam memacu kecemerlangan Institut Biosains dan UPM.
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 24/05/2026 | Kemaskini: 24/05/2026 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my