Talent@IBS Perkasa Kompetensi Praktikal Staf Pelaksana | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Talent@IBS Perkasa Kompetensi Praktikal Staf Pelaksana

Talent@IBS Perkasa Kompetensi Praktikal Staf Pelaksana

SERDANG, 24 AprilInstitut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini melancarkan siri perkongsian ilmu bulanan menerusi inisiatif Talent@IBS: Staf Pelaksana yang menghimpunkan kakitangan daripada pelbagai bidang tugas. Program sulung ini dimulakan pada jam 3.00 petang di Lobi Utama IBS, di sini, dengan bengkel bertajuk “Auto Care 101 Asas: Jaga Kereta, Jaga Poket”.

Program yang dijadualkan berlangsung pada setiap bulan bermula 24 April ini bertujuan untuk mewujudkan platform perkongsian ilmu serta meningkatkan kompetensi staf melalui pendedahan kepada topik praktikal yang relevan. Inisiatif ini memberi penekanan kepada penglibatan staf daripada pelbagai latar belakang yang diberi peluang untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing bagi memperkasa kemahiran hidup serta pembangunan diri.

Bagi edisi April, fokus diberikan kepada aspek penyelenggaraan kenderaan yang dikendalikan oleh Encik Zainal Abidin Salleh. Inisiatif ini merupakan usaha strategik IBS dalam memupuk budaya pembelajaran berterusan dan memastikan penglibatan aktif warga kerja dalam aktiviti pembangunan organisasi secara dinamik.

Berdasarkan maklum balas daripada 30 responden, sesi pertama ini menerima penilaian positif khususnya bagi kandungan yang disifatkan sangat praktikal. Peserta menyifatkan siri bulanan ini sebagai langkah tepat untuk meningkatkan nilai tambah diri selaras dengan keperluan semasa serta membantu memperkukuh kemahiran hidup mereka dalam aspek penjagaan aset peribadi.

             

Tarikh Input: 28/04/2026 | Kemaskini: 28/04/2026 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
W, (05:22:54am-05:27:54am, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]