Seminar Research Proposal SPS5903/SPS6903 Institut Biosains: Meneroka Potensi Penyelidikan Pascasiswazah | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Seminar Research Proposal SPS5903/SPS6903 Institut Biosains: Meneroka Potensi Penyelidikan Pascasiswazah

Seminar Research Proposal SPS5903/SPS6903 Institut Biosains: Meneroka Potensi Penyelidikan Pascasiswazah

11 Julai 2025 | Institut Biosains, UPM – Seminar Research Proposal bagi kursus SPS5903/SPS6903 telah berjaya dianjurkan oleh Seksyen Pengajian Siswazah pada hari Jumaat, 11 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Kesidang Utama, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seramai lapan orang pelajar pascasiswazah telah mengambil bahagian dalam seminar ini, terdiri daripada enam pelajar PhD dan dua pelajar Master Sains. Para peserta membentangkan cadangan penyelidikan masing-masing merangkumi pelbagai bidang seperti Aquatic Animal Health, Molecular Biotechnology, Medical Biotechnology, Medical Microbiology, Medicinal Chemistry, Microbiology, dan Biotherapeutics.

Seminar ini telah dikendalikan oleh Puan Farah Deena Zainol selaku moderator, manakala Puan Nurfadhilah Md. Khalid bertindak sebagai urusetia program. Pembentangan peserta telah dinilai oleh barisan penilai berpengalaman yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Chia Suet Lin, Prof. Madya Dr. Yaya Rukayadi, Prof. Madya Dr. Annas Salleh, Prof. Madya Dr. Henny Akit, Dr. Norhariani Mohd Nor, dan Dr. Zarirah Zulperi.

Penganjuran seminar ini bertujuan memperkasakan kemahiran penyelidikan dan komunikasi akademik dalam kalangan pelajar, selain menyediakan platform untuk mendapatkan maklum balas yang membina daripada ahli akademik berpengalaman. Ia turut mencerminkan komitmen Institut Biosains dalam melahirkan penyelidik berkaliber yang mampu menyumbang kepada pembangunan ilmu dan teknologi pada peringkat global.

 

   
       
       
       

Tarikh Input: 24/07/2025 | Kemaskini: 24/07/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (10:41:00pm-10:46:00pm, 22 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]