1 Februari 2024 - Seminar Cadangan Penyelidikan (SPS5903/SPS6903) adalah kursus wajib bagi pelajar Master dan PhD, yang perlu dilengkapkan selewat-lewatnya pada semester kedua program mereka. Kursus ini melibatkan pembentangan saintifik dan penilaian secara konstruktif cadangan penyelidikan, dengan penekanan kepada kemahiran pembentangan dan penambahbaikan cadangan penyelidikan tersebut.
Sebelum pembentangan pelajar perlu menghantar abstrak yang telah disemak dan disahkan oleh penyelia masing-masing. Semasa hari pembentangan, setiap pelajar diagihkan mengikut slot masa tertentu dan mereka diberi masa selama 15 minit untuk membentangkan cadangan penyelidikan masing-masing, diikuti dengan 10 minit sesi soal jawab bersama penilai. Pelajar yang memenuhi kriteria markah yang telah ditetapkan akan diberi penilaian Memuaskan (gred M) dan sebaliknya akan diberi penilaian Tidak Memuaskan (gred TM).
Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my