Seminar AssureNMR | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Seminar AssureNMR

Seminar AssureNMR

10 Disember 2024 – Seminar AssureNMR anjuran Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bruker (Malaysia) Sdn Bhd telah diadakan dengan jayanya di Bilik Seminar NaturMeds A, IBS. Seminar ini dihadiri oleh penyelidik dan pelajar NaturMeds. Seminar ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam analisis spektrum NMR dan identifikasi metabolit menggunakan perisian AssureNMR. Sesi syarahan telah disampaikan oleh Dr. Teh Chin Hoe, Pengkhususan Produk (NMR) daripada Bruker (Malaysia) Sdn Bhd. Secara keseluruhan, peserta memberi maklum balas positif, menghargai peluang mendalami pemahaman teknologi NMR. Para peserta berterima kasih kepada pihak penganjur dan berharap lebih banyak seminar seumpama ini diadakan pada masa hadapan.

 

Tarikh Input: 20/12/2024 | Kemaskini: 20/12/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
X, (03:36:41pm-03:41:41pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]