Program Talent@IBS - Pembentangan Teknikal Skim C (Luar Negara) Bagi Sesi April 2026 | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Program Talent@IBS - Pembentangan Teknikal Skim C (Luar Negara) bagi Sesi April 2026

Program Talent@IBS - Pembentangan Teknikal Skim C (Luar Negara) bagi Sesi April 2026

27 April 2026 – Program Talent@IBS bagi Pembentangan Teknikal Skim C (Luar Negara) untuk sesi April 2026 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Auditorium IBS dengan kehadiran staf Institut Biosains (IBS) daripada pelbagai skim. Inisiatif oleh Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS  ini menampilkan Cik Ainaa Syafiqah Mohd Alias, Penolong Pegawai Sains di Unit Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC), Institut Biosains.

Beliau telah berkongsi ilmu pengetahuan sepanjang menjalani latihan sangkutan selama sebulan di Korean Agricultural Culture Collection (KACC), Korea Selatan. Latihan sangkutan ini yang telah mendapat peruntukan daripada Pejabat Naib Canselor melalui peruntukan Perjalanan Luar Negara, memberikan nilai tambah kepada pengetahuan beliau dalam tugas hakiki.

Beliau menerangkan tentang peranan KACC sebagai sebuah pusat koleksi kultur untuk penyimpanan dan pemeliharaan mikroorganisma. Ia membekalkan kultur mikrob untuk tujuan penyelidikan dan industri dan bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan genetik dan kebolehgunaan mikroorganisma untuk jangka masa panjang. Cik Ainaa turut berkongsi tentang budaya kerja di makmal yang boleh diaplikasi di makmal masing-masing sebagai langkah penambahbaikan. Pelbagai soalan telah dilontarkan oleh para peserta yang begitu teruja untuk mendengar perkongsian beliau.

Selepas sesi pembentangan selesai, En Rafiuz Zaman Bin Haroun, Ketua Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS telah menyampaikan taklimat berkaitan pelaporan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pihak makmal khususnya persediaan untuk menghadapi Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKK) dan Audit Dalaman SPK 9001:2015.

Program bulanan Talent@IBS diharap dapat memperkasa pengetahuan teknikal dan meningkatkan kefahaman staf mengenai pengendalian peralatan serta teknik makmal khusus selain menjadi platform untuk pertukaran idea dan pengalaman dalam kalangan staf makmal IBS.

   

Tarikh Input: 28/04/2026 | Kemaskini: 28/04/2026 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
W, (11:45:19pm-11:50:19pm, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]