Program Talent@IBS - Pembentangan Teknikal Skim C Bagi Sesi Ogos 2025 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Program Talent@IBS - Pembentangan Teknikal Skim C bagi Sesi Ogos 2025

Program Talent@IBS - Pembentangan Teknikal Skim C bagi Sesi Ogos 2025

28 Ogos 2025 – Program Talent@IBS bagi Pembentangan Teknikal Skim C bagi Sesi Ogos 2025 inisiatif oleh Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran staf makmal Institut Biosains (IBS). Program ini diadakan di Bilik Mesyuarat NaturMeds B.

Pembentang pertama, Cik Norhayati Binti Yusuf yang merupakan Penolong Pegawai Sains (C6) di Laboratori Vaksin dan Biomolekul (VacBio). Beliau telah membentangkan topik berkaitan Teknik Penyediaan Sampel Zetasizer. Pembentangan kedua seterusnya adalah Puan Emi Nadia Binti Mohd Thani yang merupakan Penolong Pegawai Sains (C5) di Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES). Beliau telah membentangkan penerangan berkaitan Cara Membersihkan Biosafety Cabinet.

Selepas sesi pembentangan selesai, En Rafiuz Zaman Bin Haroun, Ketua Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS telah menyampaikan taklimat berkaitan pelaporan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pihak makmal. Program diakhiri dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh En. Mohamad Ismail Bin Baharom bagi mendoakan keselamatan dan kesejahtaraan Cik Ainaa Syafiqah Bin Mohd Alias yang akan berangkat ke Korea Selatan bagi menghadiri program latihan sangkutan selama sebulan.

Program bulanan Talent@IBS diharap dapat memperkasa pengetahuan teknikal dan meningkatkan kefahaman staf mengenai pengendalian peralatan serta teknik makmal khusus selain menjadi platform untuk pertukaran idea dan pengalaman dalam kalangan staf makmal IBS.

   
       
   
       
   

Tarikh Input: 17/09/2025 | Kemaskini: 17/09/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
W, (06:35:56pm-06:40:56pm, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]