30 Jun 2025 – Program Talent@IBS bagi Pembentangan Teknikal Skim C bagi Sesi Jun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran staf makmal Institut Biosains (IBS). Program ini diadakan di Unit Mikroskopi, IBS.
Pembentang pertama, Puan Anidazura Zulkiffli, Pegawai Sains dari Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik (AquaHealth), telah menyampaikan syarahan bertajuk Tips Penjagaan
Asas Mikroskop Cahaya. Seterusnya, Puan Farrah Deba Jamiauddin, Penolong Pegawai Sains dari Unit Mikroskopi (EM)IBS, telah membentangkan topik bertajuk Introduction to Ultramicrotomy.
Program bulanan ini merupakan inisiatif oleh Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS, yang bertujuan untuk memperkasa pengetahuan teknikal dan meningkatkan kefahaman staf mengenai pengendalian peralatan serta teknik makmal khusus. Diharapkan sesi perkongsian ini dapat menjadi platform untuk pertukaran idea dan pengalaman dalam kalangan staf makmal IBS.
Tarikh Input: 15/07/2025 | Kemaskini: 15/07/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my