Program Pendedahan Aktiviti Penyelidikan Kanser Di UPM “SIRI 1: Canres Open Day 2026 | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Program pendedahan aktiviti penyelidikan Kanser di UPM “SIRI 1: Canres Open Day 2026

Program pendedahan aktiviti penyelidikan Kanser di UPM “SIRI 1: Canres Open Day 2026

9 JULAI 2026 – PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Pertahanan Awam telah menyertai Program Aktiviti Penyelidikan Kanser di UPM - Siri 1: CANRES Open Day 2026 bertempat di Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program komuniti berbentuk lawatan ilmiah ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Menerusi program ini, para peserta telah didedahkan kepada tatacara penyelidikan dan juga alat yang digunakan untuk membuat penyelidikan asas sebelum sesuatu ekstrak semulajadi boleh dipencilkan dan ditulenkan untuk penyelidikan kanser. Hasil dari maklumbalas, peserta sangat berpuas hati dengan program ini kerana berjaya memberi kefahaman kepada mereka tentang tatacara melakukan penyelidikan dan juga teknologi terkini rawatan kanser.

 
     
   

Tarikh Input: 16/07/2026 | Kemaskini: 16/07/2026 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (12:12:10pm-12:17:10pm, 28 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]