20 Januari 2026 – Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC), Institut Biosains telah menganjurkan Program Jerayawara ke Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) dan Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFOS). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan kultur mikrob untuk jangka masa panjang serta memperkenalkan Dasar Universiti Putra Malaysia (Pendepositan Mikroorganisma Berkepentingan) 2024.
Ceramah jerayawara telah disampaikan oleh Puan Musliyana Mansor, Pegawai Sains. Turut serta dalam program ini ialah Puan Nor Umaira Abu Asan (Pegawai Sains) dan Cik Ainaa Syafiqah Mohd Alias (Penolong Pegawai Sains). Program diteruskan dengan sesi soal jawab serta pengisian borang maklum balas oleh para peserta.
Seramai 13 orang peserta dari IPPH dan 13 orang peserta dari ITAFORS telah menghadirkan diri yang terdiri daripada pegawai P&P, staf teknikal dan pelajar siswazah. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga UPM terhadap kepentingan pemeliharaan dan pendepositan mikroorganisma selaras dengan dasar universiti yang berkaitan.
Tarikh Input: 29/01/2026 | Kemaskini: 29/01/2026 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my