Program Interaktif STEM Dedah Murid SK Seri Kelana Kepada Dunia Sains | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Program Interaktif STEM Dedah Murid SK Seri Kelana Kepada Dunia Sains

Program Interaktif STEM Dedah Murid SK Seri Kelana Kepada Dunia Sains

11 Oktober 2025 - Program Interaktif STEM telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Seremban, Negeri Sembilan, anjuran Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Platinum SK Seri Kelana & Hari Sukan Negara di SK Seri Kelana.

Program ini diketuai oleh Pn. Mazina binti Mohd Yusoff, Pegawai Sains, Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains dan disertai oleh ahli jawatankuasa dan sukarelawan yang terdiri daripada staf IBS dan pelajar. Objektif program ini adalah memperkenalkan ilmu asas sains kepada murid sekolah rendah. Satu modul pembelajaran interaktif telah dibangunkan dengan menggabungkan kepakaran pelbagai bidang di Institut Biosains, antaranya mikroskopi, mikrobiologi, forensik kimia and pelbagai lagi. Modul ini direka khusus untuk murid sekolah rendah dan disampaikan melalui pameran bertemakan enam stesen utama.

Antara stesen pameran yang telah dilaksanakan ialah Stesen 1: Mikroskop Melangkaui Jangkaan, di mana murid mengenali struktur tumbuhan, haiwan dan mikrob serta meneliti ciri tersembunyi pada duit kertas. Stesen 2: Kepentingan Membasuh Tangan menekankan amalan kebersihan diri, manakala Stesen 3: Manusia vs Tikus memperlihatkan perbandingan anatomi asas manusia. Stesen 4: Analisis Cap Jari membolehkan murid mengenali corak unik cap jari masing-masing. Stesen 5: Serbuk Misteri memperkenalkan ujian forensik asas, dan Stesen 6: Kromatografi Warna menunjukkan campuran pigmen dalam pewarna.

Lebih dari 300 orang pengunjung yang terdiri dari murid dan ibu bapa yang melawat dan berpeluang menjalankan aktiviti hands-on yang menyeronokkan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sains dalam kehidupan harian. Murid yang melengkapkan kesemua stesen turut menerima pelbagai cenderahati seperti sabun tangan, keychain, alat tulis, kipas tangan dan lain-lain sebagai ganjaran.

   
       
     

Tarikh Input: 29/10/2025 | Kemaskini: 29/10/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
X, (04:30:48am-04:35:48am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]