16 Ogos 2024 - Unit Biodiversiti telah menganjurkan Program Go Green dan Penilaian Zon di Taman Konservatori, Institut Biosains (IBS) dengan seramai 69 orang staf terlibat dalam aktiviti tersebut. Berkonsepkan penanaman dalam zon angkat, Program Go Green ini menyokong agenda kelestarian alam sekitar universiti selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Inisiatif ini bertujuan memupuk rasa kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan staf, menjadikan mereka lebih peka dengan isu-isu berkaitan pemeliharaan alam sekitar.
Berpandukan Dasar Hijau Universiti Putra Malaysia, salah satu objektif Program Go Green IBS adalah bagi memupuk kesedaran dan memberi pendidikan di kalangan warga IBS mengenai kepentingan perlindungan alam sekitar melalui penanaman pokok. Program ini juga membina semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim di kalangan komuniti Institut di samping mempromosikan pemuliharaan biodiversiti dan mengurangkan impak negatif pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim yang ekstrem.
Tambahan lagi, penilaian zon turut dijalankan berdasarkan aktiviti penanaman pokok yang dilaksanakan pada tahun 2023. Juri termasuk Dr. Firdaus Ismail, pensyarah Fakulti Pertanian dan Ts. Dr. Roziya Ibrahim, pensyarah Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina. Antara zon yang dinilai dalam pertandingan termasuk Zon Periuk Kera, Zon Paku Pakis, Zon Keladi, Zon Tumbuhan Akuatik, Zon Halia dan Zon Orkid. Pada kali ini Zon Keladi telah memenangi tempat pertama, sementara Zon Tumbuhan Akuatik telah memenangi tempat kedua. Tahniah kepada pemenang zon!

Tarikh Input: 02/09/2024 | Kemaskini: 02/09/2024 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my