Penerima Program Fellowship Saintis Muda 2024 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Penerima Program Fellowship Saintis Muda 2024

Penerima Program Fellowship Saintis Muda 2024

19 September 2024 - Program Saintis Muda 2024 telah mengumpulkan pelajar pasca-siswazah dan saintis berkerjaya awal tidak lebih daripada 10 tahun pengalaman pasca-doktoral dari negara/wilayah keahlian FAOBMB dan IUBMB. Peristiwa berprestij ini menawarkan peserta peluang untuk hadir dan membentangkan penyelidikan mereka di dalam Program Saintis Muda 2024 dan Biomolecular Horizons 2024. Program Fellowship Saintis Muda menawarkan peluang kepada saintis muda berbakat ini platform untuk berkongsi dan bertukar pandangan saintifik, membentangkan hasil kerja penyelidikan mereka kepada peserta antarabangsa, berkomunikasi dengan profesor terkenal di peringkat global, dan memajukan kerjaya saintifik mereka.  

Dr. Norfarrah Mohamed Alipiah, Pegawai Penyelidik yang sedang meningkat naik, terpilih menerima Program Fellowship Saintis Muda, membolehkan beliau menghadiri Program Saintis Muda 2024 yang diadakan pada 19 hingga 22 September 2024 di Macedon Ranges, Australia. Beliau membentangkan secara lisan penyelidikan beliau yang bertajuk Molecular Interaction in Quorum Sensing Regulation: Case Study In Vibrio campbellii Cell Inhibition Assay. Tambahan kepada pembentangan lisan, Dr. Norfarrah juga membentangkan kajian beliau melalui pameran poster di Konferen Biomolecular Horizons 2024, yang diadakan pada 22 hingga 26 September 2024 di Melbourne Australia. Seramai 36 penyelidik dari pelbagai negara termasuk Bangladesh, Canada, Chile, China, Germany, India, Indonesia, Korea, Malaysia, New Zealand, Philippines, South Africa, Switzerland, Thailand, United Kingdom dan Australia telah dipilih untuk menyertai Program Saintis Muda 2024, menjadikan ia persidangan global yang mengumpulkan bakat saintis muda yang sedang meningkat naik. 

 

Tarikh Input: 23/10/2024 | Kemaskini: 23/10/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
F, (02:56:44pm-03:01:44pm, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]