Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan (PKK) 2024 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) 2024

Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) 2024

5 Mac 2024 – Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) 2024 telah dijalankan oleh Pasukan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM di Institut Biosains (IBS) yang melibatkan skop dan makmal terpilih. Pasukan pemeriksaan ini terdiri daripada pegawai Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Unit Bantu Mula dan Pusat Perhubungan dan Jaringan Industri, UPM. Skop pemeriksaan merangkumi pelbagai aspek, termasuk sistem pencegahan kebakaran, pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta pematuhan kepada akta dan peraturan berkaitan seperti Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan KKP 2000 (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005 (Buangan Terjadual), Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Akta Biokeselamatan 2007. Sepanjang pemeriksaan dilaksanakan, semua pegawai yang bertanggungjawab dan staf IBS telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan mematuhi protokol keselamatan.

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdAAp~