27 Januari 2025 - Pembentangan Teknikal Skim C bagi Sesi Januari telah berjaya dilaksanakan di Unit Mikroskopi, Institut Biosains dengan kehadiran peserta-peserta yang terdiri daripada Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains IBS. Program yang akan dilaksanakan setiap bulan ini merupakan program anjuran Sekretariat Pengurusan Makmal IBS.
Pembentang pertama adalah Puan Irmazian Abd Shukor, yang merupakan Pegawai Sains, Unit Mikroskopi. Beliau telah membentangkan topik TEM & the Applications. Selain sesi syarahan, beliau juga telah memberikan demonstrasi ringkas di peralatan berkaitan. Pembentang kedua adalah Cik Nurnajwa Mohd Lazim, yang juga seorang Penolong Pegawai Sains di Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds). Beliau telah membentangkan perkongsian bertajuk Pengendalian UV-VIS Spectrophotometer.
Semoga dengan perkongsian yang diadakan ini dapat memberikan pendedahan yang lebih kepada skim C di IBS berkaitan pengendalian alat/teknik khusus dan pertukaran idea sesama staf.


Tarikh Input: 29/01/2025 | Kemaskini: 29/01/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my