28 Februari 2025 – Pembentangan Teknikal Skim C bagi Sesi Februari 2025 telah berjaya dilaksanakan dan dihadiri oleh staf makmal IBS. Pembentang pertama adalah Cik Ainaa Syafiqah Mohd Alias, merupakan Penolong Pegawai Sains di Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC). Beliau telah membentangkan tentang pengenalan media, cara dan tips menyediakan agar plate dan slant. Selain sesi syarahan, beliau juga telah memberikan demonstrasi ringkas tentang teknik penyediaan media. Pembentang kedua adalah Puan Arbaah Md Salleh, Pegawai Sains di Laboratori Vaksin Dan Biomolekul (VacBio). Beliau telah membentangkan perkongsian bertajuk HA/HI test dan juga telah menyediakan soalan-soalan kepada peserta yang hadir.
Program yang dilaksanakan setiap bulan ini merupakan program anjuran Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS. Semoga dengan perkongsian yang diadakan ini dapat memberikan pendedahan yang lebih kepada semua staf makmal di IBS berkaitan pengendalian alat/teknik khusus serta pertukaran idea sesama staf.

Tarikh Input: 18/03/2025 | Kemaskini: 18/03/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my