Menyingkap Di Sebalik Permukaan: “Seminar On In Vivo Imaging Solutions” | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Menyingkap Di sebalik Permukaan: “Seminar on In Vivo Imaging Solutions”

Menyingkap Di sebalik Permukaan: “Seminar on In Vivo Imaging Solutions”

20 Ogos 2025- Unit Perubatan Komparatif dan Teknologi (COMeT), Institut Biosains (IBS) dengan kerjasama Neoscience Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Seminar In Vivo Imaging Solutions yang penuh berinformasi dan membuka minda.

Seminar ini telah menarik penyertaan seramai 79 orang peserta daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta institusi lain termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Peserta terdiri daripada penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan rakan industri, mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap teknologi in vivo imaging dalam menyokong prinsip 3R (Replacement, Reduction dan Refinement) dalam penyelidikan haiwan.

Dalam ucapan perasmiannya, Profesor Dr. Ina Salwany Md. Yassin, Timbalan Pengarah IBS, berharap seminar ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat, mencetuskan idea Baharu, khususnya dalam penyelidikan ikan serta mengukuhkan lagi kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada komuniti penyelidikan.

Seminar ini telah disampaikan oleh Koe Xue Fen, Ketua Pegawai Teknikal Neoscience Sdn. Bhd., yang memperkenalkan tiga sistem pengimejan iaitu VEGA Ultrasound, IVIS In Vivo Imaging System dan Quantum GX3 Micro CT Imaging System. Setiap sistem menawarkan kelebihan tersendiri mengikut keperluan kajian. Sebagai contoh, Micro CT Imaging sesuai untuk kajian model tumor kerana dapat memantau perkembangan saiz tumor dalam haiwan secara bukan invasif, manakala IVIS lebih sesuai untuk kajian biodistribusi kerana mampu menjejaki pergerakan sel, vaksin atau produk dalam badan haiwan apabila ditanda dengan bioluminesens.

Secara keseluruhannya, seminar ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman tentang teknologi pengimejan terkini, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama bagi memacu penemuan saintifik yang lebih bermakna.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi berkumpulan dan jamuan ringan.

 

   
       
       

Tarikh Input: 20/08/2025 | Kemaskini: 20/08/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (04:21:59am-04:26:59am, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]