Majlis Penyampaian Sijil Program Penilaian Kendiri EKSA & Program Pengiktirafan EKSA Institut Biosains 2026 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Majlis Penyampaian Sijil Program Penilaian Kendiri EKSA & Program Pengiktirafan EKSA Institut Biosains 2026

Majlis Penyampaian Sijil Program Penilaian Kendiri EKSA & Program Pengiktirafan EKSA Institut Biosains 2026

14 Julai 2026 – Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Program Penilaian Kendiri EKSA dan Program Pengiktirafan EKSA 2026 di Bilik Kesidang, Institut Biosains sebagai tanda penghargaan kepada semua zon yang menunjukkan komitmen tinggi dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Majlis ini merupakan kemuncak kepada Program Penilaian Kendiri EKSA yang telah dilaksanakan pada 15 hingga 16 Jun 2026 serta Program Pengiktirafan EKSA yang berlangsung pada 23 Jun 2026, bertujuan mengiktiraf usaha warga IBS dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Ina Salwany Md. Yassin, Timbalan Pengarah Institut Biosains. Bagi Program Penilaian Kendiri EKSA 2026, setiap zon telah menerima Sijil Penghargaan sebagai pengiktirafan atas komitmen dan penyertaan dalam penilaian yang telah dijalankan. Pemarkahan telah dilaksanakan oleh Juru Audit EKSA Institut Biosains, dengan Zon Sireh Merah mencatat markah tertinggi sebanyak 100%, diikuti Zon Rerama Ungu (99.71%), Zon Kemunting Cina (99.20%), Zon Mahkota Dewa (99.18%), Zon Nilam (98.85%), Zon Lelabah (98.65%), Zon Kasturi (97.95%), Zon Bakawali (97.74%), dan Zon Anggerik Biru (93.16%).

Bagi Program Pengiktirafan EKSA 2026, penilaian telah dilaksanakan oleh dua orang panel penilai daripada Bahagian Hal Ehwal Pembangunan (BHEP), iaitu Pn. Wan Rohani Wan Mohamed dan En. Muhammad Amirul Asyraf Bin Mohd. Jais. Program ini mempertandingkan empat kategori utama, iaitu Sudut Informasi EKSA Terbaik, Bilik Mesyuarat Terbaik, Bilik Staf Terbaik dan Pantri Terbaik. Bagi kategori Sudut Informasi EKSA Terbaik, Zon Mahkota Dewa muncul sebagai johan, diikuti oleh Zon Kasturi di tempat kedua dan Zon Lelabah di tempat ketiga. Dalam kategori Bilik Mesyuarat Terbaik, Zon Mahkota Dewa sekali lagi meraih tempat pertama, diikuti Zon Sireh dan Zon Bakawali .Sementara itu, Zon Sireh Merah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Bilik Staf Terbaik, diikuti Zon Kemunting Cina dan Zon Nilam. Bagi kategori Pantri Terbaik, Zon Nilam muncul sebagai johan, manakala Zon Mahkota Dewa (PD) dan Zon Lelabah masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori telah menerima hadiah wang tunai berserta sijil penghargaan, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga menerima sijil penghargaan.

Penganjuran kedua-dua program ini mencerminkan komitmen berterusan Institut Biosains dalam memperkukuh budaya EKSA sebagai pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan kondusif. Melalui pelaksanaan penilaian kendiri serta pengiktirafan terhadap amalan terbaik di setiap zon, warga IBS terus digalakkan untuk mengekalkan standard pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, selaras dengan usaha memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan. Tahniah diucapkan kepada semua zon atas pencapaian dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam menjayakan Program Penilaian Kendiri EKSA dan Program Pengiktirafan EKSA Institut Biosains 2026.

   
       
   

Tarikh Input: 15/07/2026 | Kemaskini: 15/07/2026 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
X, (04:54:09pm-04:59:09pm, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]