29 Disember 2024 - Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Majlis Meraikan Graduan Institut Biosains 2024 di Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, IBS. Majlis ini menandakan peristiwa penting, meraikan pencapaian 22 pelajar pasca siswazah yang telah menamatkan program Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2024.
Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Prof. Dr. Zunita Zakaria, Pengarah IBS, mengucapkan tahniah di atas pencapaian akademik mereka. Beliau menekankan kepentingan penyelidikan dan inovasi dalam membentuk masa depan negara yang lebih baik. Seterusnya, diikuti persembahan multimedia mempamerkan pelbagai aktiviti penyelidikan, sosial dan pencapaian para pelajar sepanjang pengajian di IBS. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan tanda penghargaan kepada para graduan dan penyelia mereka.
Kemuncak majlis graduan ini adalah penyampaian Anugerah Tesis PhD Terbaik yang ditaja oleh AquaGrow International kepada Lim Si Jie untuk pencapaian cemerlang dalam pengajian PhD beliau. Sebagai wakil pelajar, beliau telah menyampaikan ucapan penuh perasaan, menyatakan penghargaan oleh semua graduan kepada semua penyelia dan staf IBS. Ucapan beliau mengimbau cabaran dan kejayaan yang dialami sepanjang perjalanan akademik dan mengiktiraf sokongan tidak berbelah bahagi oleh penyelia, keluarga dan rakan-rakan. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bagi mengabadikan detik-detik kenangan bersama graduan, penyelia, dan ahli keluarga yang menghadiri majlis tersebut.

Tarikh Input: 20/12/2024 | Kemaskini: 20/12/2024 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my