LAWATAN PENANDA ARAS EKSA IBS KE FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UPM | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA IBS KE FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UPM

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA IBS KE FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UPM

29 Jun 2026 – Ahli-ahli Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM.

Lawatan yang diketuai oleh Puan Shamilah Samian, Pengerusi EKSA IBS ini bertujuan untuk meninjau secara langsung pelaksanaan EKSA serta menimba pengalaman dan amalan terbaik yang telah berjaya diterapkan oleh pihak FPSK dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berimpak tinggi.

Sepanjang lawatan, delegasi IBS telah dibawa meninjau beberapa lokasi utama yang menjadi contoh amalan EKSA cemerlang di FPSK, antaranya Bilik Komputer, Bilik Tetamu (VIP Lounge), Dewan Kuliah, Sudut EKSA, Pantry Terbaik, Tandas Terbaik, Makmal Komputer serta Pejabat Am Jabatan Anatomi Manusia.  Delegasi turut berpeluang melawat makmal-makmal yang aktif digunakan bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan termasuk Unit Imunologi serta Makmal Otorinolaringologi. 

Kemuncak lawatan diteruskan dengan kunjungan ke Muzium Anatomi Manusia, yang menempatkan pelbagai koleksi dan bahan rujukan berkaitan anatomi manusia serta berfungsi sebagai medium pembelajaran dan pendedahan kepada pengunjung.

Melalui sesi perkongsian yang diadakan, pihak FPSK turut berkongsi pengalaman serta pendekatan pelaksanaan EKSA dalam menyokong pembentukan persekitaran kerja dan makmal yang lebih selamat, tersusun, efisien dan mampu meningkatkan produktiviti organisasi.

Pihak IBS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa EKSA FPSK atas sambutan mesra, layanan yang amat baik serta perkongsian ilmu sepanjang lawatan berlangsung. 

Diharapkan lawatan penanda aras ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan IBS dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti serta mempertingkatkan pelaksanaan EKSA ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, lestari dan cemerlang.

   
       
   

 

Tarikh Input: 30/06/2026 | Kemaskini: 30/06/2026 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (01:27:42am-01:32:42am, 05 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]