Lawatan Penanda Aras CANRES Ke Makmal UKM | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Lawatan Penanda Aras CANRES ke Makmal UKM

Lawatan Penanda Aras CANRES ke Makmal UKM

   
       
   

 

18 Disember 2025 – Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES) telah mengadakan lawatan penanda aras ke dua makmal di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Jabatan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (DTERM) dan Makmal Bioserasi sebagai aktiviti pada penghujung tahun 2025. Objektif utama lawatan ini adalah untuk mempelajari kaedah pengurusan terbaik  makmal tisu kultur yang sistematik di samping pendedahan kepada sistem pengurusan Good Manufacturing Practice (GMP) dan Good Laboratory Practice (GLP).  Kedua-dua lawatan ini diketuai oleh Ketua Laboratori CANRES iaitu Prof. Madya Dr. Chia Suet Lin.

Lawatan ke DTERM telah berlangsung lebih awal iaitu pada 8 Disember 2025. Kehadiran rombongan CANRES telah disambut oleh Ketua Jabatan DTERM iaitu Dr. Manira Maarof. Manakala lawatan ke Makmal Bioserasi pula pada 18 Disember 2025, disambut oleh Dr. Siew Ee Ling selaku Ketua  Makmal Bioserasi.  Sepanjang lawatan ke dua-dua makmal ini rombongan CANRES telah diberikan pembentangan yang informatif, sesi interaktif dua hala dan lawatan ke fasiliti makmal. Hasil daripada lawatan ini, terdapat potensi kerjasama yang dapat dijalinkan pada masa akan datang terutama berkaitan latihan staf yang dapat memperkukuhkan kemahiran sedia ada.

Tarikh Input: 29/12/2025 | Kemaskini: 29/12/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
W, (06:39:36am-06:44:36am, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]