SERDANG, 15 April: Institut Biosains (IBS) baru-baru ini telah menerima lawatan daripada Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) yang terdiri daripada 15 orang peserta.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan gambaran yang lebih jelas serta berkongsi pengalaman berkenaan pelaksanaan amalan EKSA di IBS. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di IBS, diikuti dengan sesi perkongsian pengalaman antara kedua-dua institut mengenai pelaksanaan EKSA masing-masing.
Pelawat turut dibawa melawat ke beberapa lokasi seperti Pejabat Direktorat, Makmal CANRES, Makmal VacBio, Makmal UPM-MCC, bilik fail penyelidikan, bilik stor alat tulis, bilik pantri, bilik mesyuarat, bilik pelajar siswazah, Sudut Utama EKSA dan surau bagi melihat sendiri pelaksanaan EKSA di lokasi-lokasi tersebut. Setiap lokasi mempunyai pegawai yang bertanggungjawab (PIC) yang memberikan penerangan berkaitan kawasan masing-masing.
Diharapkan lawatan ini dapat menjadi sumber motivasi dan mencetuskan idea bagi kedua-dua institut dalam menambah baik pelaksanaan EKSA dan mencapai objektif yang diharapkan.
Tarikh Input: 16/04/2025 | Kemaskini: 16/04/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my