Lawatan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) Ke Institut Biosains UPM | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Lawatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) ke Institut Biosains UPM

Lawatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) ke Institut Biosains UPM

31 Julai 2025 – Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang melibatkan dua kumpulan utama iaitu staf PutraLMas serta kumpulan Pegawai Sains FPSK.

Lawatan staf Putra-Mas memberi fokus kepada Pengurusan Perkhidmatan Makmal, manakala kumpulan Pegawai Sains pula didedahkan dengan aspek struktur organisasi, penjanaan pendapatan, perancangan RMK, pengurusan makmal serta pengurusan bahan kimia. Hadir sama dalam sesi lawatan ini ialah Ketua Pentadbiran FPSK, Puan Hasliza Zakaria. Taklimat utama telah disampaikan oleh Encik Rafiuz Zaman Haroun, Pegawai Sains (C13) yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS.

Lawatan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara FPSK dan IBS dalam aspek pengurusan makmal serta memupuk perkongsian ilmu ke arah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan makmal di UPM.

   
       
       

Tarikh Input: 17/09/2025 | Kemaskini: 17/09/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (02:27:42pm-02:32:42pm, 07 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]