LAWATAN DELEGASI SARAWAK INFECTIOUS DISEASE CENTRE (SIDC) KE INSTITUT BIOSAINS | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » LAWATAN DELEGASI SARAWAK INFECTIOUS DISEASE CENTRE (SIDC) KE INSTITUT BIOSAINS

LAWATAN DELEGASI SARAWAK INFECTIOUS DISEASE CENTRE (SIDC) KE INSTITUT BIOSAINS

21 Mei 2026 – Institut Biosains telah menerima kunjungan lawatan daripada enam (6) delegasi Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC). Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh pihak pengurusan serta pegawai Institut Biosains.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi berkaitan kemudahan makmal, kepakaran penyelidikan serta fungsi unit-unit yang terdapat di Institut Biosains. Sepanjang lawatan berlangsung, delegasi turut dibawa melawat beberapa makmal dan kemudahan penyelidikan bagi melihat sendiri aktiviti serta keupayaan penyelidikan yang dijalankan.

Selain itu, satu sesi taklimat dan perbincangan turut diadakan antara delegasi SIDC dan ahli pengurusan Institut Biosains sebagai platform untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan berkaitan penyakit berjangkit.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi, sekali gus membuka peluang kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.

   
       
       

Tarikh Input: 25/05/2026 | Kemaskini: 25/05/2026 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (01:26:36am-01:31:36am, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]